Kebanyakan alat AI luar negara hanya beri pautan log masuk dan tinggalkan anda terkapai-kapai. AsyukPilot dibina khusus untuk pemilik bisnes tempatan yang mahukan privasi penuh, kos tetap dalam Ringgit, dan bantuan bersemuka.
Tiga faktor yang membezakan AsyukPilot daripada perisian SaaS luar negara dan agensi pemasaran biasa.
Data harga projek, senarai unit rumah, dan aset media syarikat anda tidak pernah bercampur dengan pengguna lain dalam satu pelayan awam.
Jimat ribuan ringgit berbanding menggaji pekerja sepenuh masa atau membayar perisian luar negara dalam mata wang USD yang mahal.
Berpusat di Semenyih & Lembah Klang. Anda berurusan terus dengan manusia sebenar yang faham operasi tempatan — bukan tiket bot luar negara.
Nilai sendiri perbezaan dari segi keselamatan data, komitmen bulanan, dan sokongan selepas jualan.
| Aspek penilaian | Perisian AI / SaaS luar | Agensi pemasaran biasa | Sistem AsyukPilot |
|---|---|---|---|
| Privasi & pelayan | Pelayan kongsi (multi-tenant) | Fail & akses dikongsi ramai staf | Pelayan & bot Telegram peribadi |
| Struktur kos bulanan | Caj USD (mahal bila skala) | RM1,500 – RM3,000+ / bulan | RM199 – RM349 / bulan (tetap RM) |
| Sokongan teknikal | Tiket e-mel / chatbot Inggeris | Lambat ikut giliran klien | WhatsApp & onsite Lembah Klang |
| Kawalan & kelulusan | Kena karang & susun sendiri | Menunggu draf berhari-hari | Kelulusan 1-klik di Telegram (30 saat) |
| Gaya bahasa tempatan | Ayat terjemahan kaku / robot | Kadang-kadang lari fakta teknikal | Dilaraskan ikut rentak FB, IG & Threads |
Berada di sekitar Semenyih, Kajang, Bangi atau Lembah Klang? Hubungi kami untuk sesi penerangan ringkas bagaimana AsyukPilot boleh dipasang khusus untuk bisnes anda.
Hubungi Kami di WhatsApp